Pic 1

H Welcome To Our Site

Kamsis Politeknik Sultan Azlan Shah telah mula beroperasi pada 10 JUN 2003. Mempunyai 6 blok asrama terdiri daripada 3 blok pelajar perempuan iaitu V1,V5,V6 dan 3 blok lelaki iaitu V2,V3,V4. Setiap blok mempunyai 117 bilik yang boleh memuatkan 234 orang penghuni. Setiap bilik pula diisikan dengan 2 orang penghuni.

Kapasiti keseluruhan Kamsis dapat menampung seramai 1404 orang pelajar yang dapat menginap bagi setiap kali seisi pengambilan pelajar yang diadakan 2 kali setahun. Kamsis Politeknik Sultan Azlan Shah diletakkan di bawah 2 pengurusan yang terdiri daripada:

WARDEN ASRAMA.

  • Bertanggungjawab ke atas disiplin dan keselamatan serta kebajikan setiap pelajar. Mengadakan aktiviti serta program yang berfaedah bagi menambah ilmu pengetahuan dan membina akhlak pelajar untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, berilmu dan berakhlak mulia.

PENYELIA ASRAMA.
  • Bertanggungjawab kepada pentadbiran asrama, keselamatan bangunan kamsis serta kelengkapan peralatan di tempat tinggal pelajar. Pengawasan penyediaan makanan serta keseluruhan kebersihan persekitaran kawasan Kafeteria. Bertanggungjawab kepada kebersihan tempat tinggal pelajar dan bilik-bilik mandi serta kebersihan dan keceriaan kawasan asrama.


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI ASRAMA.

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di asrama diantaranya:

+Sebuah Kafeteria yang lengkap dan selesa berhampiran dengan Kamsis pelajar.

+Pusat Islam untuk pelajar Islam berjemaah dan juga Unit Program Ilmiah dan Kerohanian.

+Gelanggang Sukan yang berhampiran dengan blok asrama untuk pelajar beriadah.

+Setiap aras blok disediakan bilik Rekreasi (untuk berehat dan menonton TV), bilik belajar, bilik menggosok pakaian, bilik mandi, bilik mencuci pakaian dan bilik stor.

 

Urgent Needs

 

Pihak PSAS amat menggalakkan pelajar-pelajar sekalian untuk menetap di asrama. Namun bilangan asrama yang terhad menyebabkan hanya sebilangan sahaja dapat ditawarkan tempat. Walau bagaimanapun, PSAS di dalam perancangan menambah bilangan asrama demi kemudahan pelajar di masa hadapan.

 

Sila klik button di bawah bagi membuat permohonan/ rayuan asrama sesi hadapan :

 

 

Donations For Us

Asrama menjanjikan ketenangan di dalam menghadapi pelajaran. Bebas dari hiruk pikuk kenderaan. Suasana damai ini membolehkan pelajar mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan dengan selesa dan penuh perhatian.

 

Kehidupan di asrama lebih bersih dan terjamin dari segi keselamatan. Ini adalah kerana ia dilengkapi dengan pekerja kebersihan dan keselamatan.

 

Lokasi asrama yang hampir dengan kawasan akademik juga membolehkan pelajar pergi ke kuliah dengan mudah dan cepat. Tidak perlu kenderaan dan jimat kos.